Thursday, 11 February 2016

7 Asas Bahasa Tubuh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Bahasa badan yang asas kita mesti tahu !!!! jeng3

Bahasa badan adalah pergerakan bagi menyampaikan sesuatu maksud yang simbolik kepada individu lain.

Harini kita belajar seni bahasa badan atau bahasa nonverbal , melalui bahasa badan ini dapat membantu kita dalam beberapa aspek kehidupan termasuk personaliti individu, andaian, pemikiran, dan sebagainya. Ini bukan satu formula tapi kebanyakannya bahasa tubuh ini yang selalu menunjukkan bagaimana seseorang itu berhubung antara satu sama lain.

Aku takdela pandai sangat, tapi bila kita perhatikan betul-betul, ada manfaat yang boleh kita gunakan dalam komunikasi kita, bukan untuk menjatuhkan orang lain tapi untuk perbaiki keyakinan diri.

So untuk entri ni aku bagi yang asas-asas je dulu, aku nak korang semua perhatikan betul-betul bila enkorang bercakap dengan orang disekeliling  :- Cuba dulu k ...

1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda
Anda mungkin  sering mendengar bahawa menyilangkan tangan atau kaki menunjukkan bahawa kita seumpama menutup terhadap lawan bicara kita dan ini tidak menjadikan hubungan komunikasi yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.

2. Membuat kontak mata, namun bukan merenungnya.

Dengan melakukan kontak mata pada orang yang sedang bercakap anda dapat membuat hubungan komunikasi menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan menatapnya (terus menerus), kerana akan membuat lawan cakap anda menjadi gelisah.
Jika kita tidak biasa melakukan kontak mata pada lawan bicara anda, memang anda akan merasakan ketidakselesaan pada  kali pertama. Namun lakukan  terus dan anda akan terbiasa suatu saat nanti.

3.  Jarakkan antara kedua kaki anda.
Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri mahupun duduk menunjukkan bahwa anda cukup percaya pada diri dan selesa dengan posisi anda.

4. Mengangguk 
Mengangguk menandakan bahawa anda memang sedang mendengar. Namun bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) macam burung belatuk ^^, sebab anda akan terlihat macam buat-buat pulak kan.Mengangguk juga memberi makna setuju dan mengerti apa yang telah diperkatakan.


6. Jangan membongkok, duduklah dengan tegak.
Membongkok menandakan bahawa anda tidak bersemangat, dan tegak disini bermaksud selesa dan tidak terlalu tegak dan tegang , mengikut pada keselesaan anda.

7. Condongkan badan, namun jangan terlalu banyak.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda tertarik dengan apa yang disampaikan oleh kawan or orang sekeliling anda, condongkan sedikit tubuh anda ke arahnya. Namun jangan juga terlalu condong kerana anda terlihat seperti akan meminta sesuatu.hehe ^^





Di sini turut disertakan video mengenai bahasa badan berpengaruh .., bukan biasa-biasa ni, penting juga sebenarnya kita kena tahu sekurang-kurangnya dapat membantu dan meningkatkan keyakinan diri kita sendiri kan :)


No comments:

Post a Comment