Thursday 25 February 2016

BOM : SKRIP YANG BERBEZA

                            



    Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

   
      Assalamualaikum ,, hai pembaca-pembaca yang kiut miut tuh ? semoga korang ceria selalu k :)

Alhamdulilah, hari ini baru dapat peluang untuk menulis dan berkongsikan kepada entum-entum(kamu-kamu) semua.

so, untuk entri kali ni aku nak berkongsi mutira kalam atau BOM yang aku dapat dalam seminggu ni, yang buat aku seoalah-olah terkena kejutan elektrik atau bahasa mudahnya "deep" n termotivasi,


BOM 1 : BIARLAH SEJUTA ORANG YANG MENTERTAWAKAN MU, HANYA KAMU YANG TAHU DIRI KAMU.

BOM 2 : APABILA KAMU MELIHAT AIB SESEORANG MAKA BERKATA "WAHAI MATAKU KETAHUILAH MEREKA PUN MEMPUNYA MATA JUGA"

BOM 3 :APA YANG KAMU JADI TERPULANG KEPADA DUA PERKARA.PERTAMA SIAPA KAWAN YANG KAMU PILIH,KEDUA BUKU APA YANG KAMU BACA.

BOM 4 : JANGAN PERSOALKAN BILA KAMU AKAN DIBERIKAN REZEKI ITU DAN INI SEPERTI MANA TUHAN MU TIDAK PERSOALKAN AMALMU HARI ESOK.

BOM 5: KITA AKAN TAHU NIKMAT SIHAT BILA KITA SAKIT

BOM 6 : MATLAMAT YANG MEMPUNYAI SKRIP YANG MANTAP AKAN MEMBUATKAN DIRI BEGITU EMOSI.

apa yang aku cuba nak sampaikan pada kawan, teman dan sahabat semua , persekitaran kita membentuk siapa diri kita, dalam sedar mahupun tidak sedar, samaada kita mengambil intipati tersebut atau tidak, cuba korang perhatikan kata-kata kawan korang, terkadang ada hikmah yang mereka sampai kan, terkadang ada doa yang sedang di bacakan , terkdg ada tingkhlaku yang perlu kita contohi ,

 KITA ADALAH PELAKON YANG PUNYA SKRIP YANG BERBEZA TAPI PUNYA TUJUAN YANG SAMA DI DUNIA INI

 JIKA DI TUNJUKKAN RAHSIA HIKMAH ITU NESCAYA MUTIARA DI DASAR LAUT DALAM TIDAK KITA TEMUI
                 

Thursday 11 February 2016

7 Asas Bahasa Tubuh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Bahasa badan yang asas kita mesti tahu !!!! jeng3

Bahasa badan adalah pergerakan bagi menyampaikan sesuatu maksud yang simbolik kepada individu lain.

Harini kita belajar seni bahasa badan atau bahasa nonverbal , melalui bahasa badan ini dapat membantu kita dalam beberapa aspek kehidupan termasuk personaliti individu, andaian, pemikiran, dan sebagainya. Ini bukan satu formula tapi kebanyakannya bahasa tubuh ini yang selalu menunjukkan bagaimana seseorang itu berhubung antara satu sama lain.

Aku takdela pandai sangat, tapi bila kita perhatikan betul-betul, ada manfaat yang boleh kita gunakan dalam komunikasi kita, bukan untuk menjatuhkan orang lain tapi untuk perbaiki keyakinan diri.

So untuk entri ni aku bagi yang asas-asas je dulu, aku nak korang semua perhatikan betul-betul bila enkorang bercakap dengan orang disekeliling  :- Cuba dulu k ...

1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda
Anda mungkin  sering mendengar bahawa menyilangkan tangan atau kaki menunjukkan bahawa kita seumpama menutup terhadap lawan bicara kita dan ini tidak menjadikan hubungan komunikasi yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.

2. Membuat kontak mata, namun bukan merenungnya.

Dengan melakukan kontak mata pada orang yang sedang bercakap anda dapat membuat hubungan komunikasi menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan menatapnya (terus menerus), kerana akan membuat lawan cakap anda menjadi gelisah.
Jika kita tidak biasa melakukan kontak mata pada lawan bicara anda, memang anda akan merasakan ketidakselesaan pada  kali pertama. Namun lakukan  terus dan anda akan terbiasa suatu saat nanti.

3.  Jarakkan antara kedua kaki anda.
Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri mahupun duduk menunjukkan bahwa anda cukup percaya pada diri dan selesa dengan posisi anda.

4. Mengangguk 
Mengangguk menandakan bahawa anda memang sedang mendengar. Namun bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) macam burung belatuk ^^, sebab anda akan terlihat macam buat-buat pulak kan.Mengangguk juga memberi makna setuju dan mengerti apa yang telah diperkatakan.


6. Jangan membongkok, duduklah dengan tegak.
Membongkok menandakan bahawa anda tidak bersemangat, dan tegak disini bermaksud selesa dan tidak terlalu tegak dan tegang , mengikut pada keselesaan anda.

7. Condongkan badan, namun jangan terlalu banyak.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda tertarik dengan apa yang disampaikan oleh kawan or orang sekeliling anda, condongkan sedikit tubuh anda ke arahnya. Namun jangan juga terlalu condong kerana anda terlihat seperti akan meminta sesuatu.hehe ^^





Di sini turut disertakan video mengenai bahasa badan berpengaruh .., bukan biasa-biasa ni, penting juga sebenarnya kita kena tahu sekurang-kurangnya dapat membantu dan meningkatkan keyakinan diri kita sendiri kan :)


Langit Bumi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Langit adalah kitab yang terbentang
Bumi adalah kitab yang terhampar
Dengan kurniaanMu 
Izinkan aku megenaliMu Tuhan


Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi dan di rahmati sekalian ,,rasa lama kita tidak bersua dalam entri kan .. rindu tak ? hehe , Ok , kalau rindu baca sampai habis k :)

First, aku nak korang tahu kenapa aku pilih tajuk "Langit Bumi" , sabar dulu jangan cepat sangat "TERAPUNG" tu , tajuk ni aku ambil sempena lagu wali band je sebenarnya , tapi taktahu la ada kaitan ke tak , korang dengar  dan nilai sendiri dengan entri aku ni ,,

So, apa kaitan yang aku nak tulis sebenarnya, ya , hari demi hari kita berlalu , waktu demi waktu terus meninggalkan kita , kita masih berada di bawah langit , masih jua berada di bumi , kita sedar tak ni ? 

Bumi sedang Tenat langit sedang retak , kita masih dengan dunia kita , kita terus hanyut ,kita terus leka tanpa sedar kita semua akan tua dan bakal mati , kita terus meninggalkan bumi dan langit akan terus melambai kita dari atas , sikap kita meninggi dari langit , sombong kita seolah  tidak menjejak ke tanah.

Pernah tak korang tengok alam sekeliling ni, cantik kan, semua tu tuhan ciptakan untuk kita cuba bayangkan kalau, laut tanpa ombak mesti sepi , matahari tanpa cahaya kelam , langit tanpa bintang kontang , tapi kalau kita tanpa TUHAN ? 

Nikmat apa yang ingin kau dustakan ? kita banyak melakukan dosa tapi sedikit pun tuhan tidak tarik cahaya matahari , kita banyak lupa tuhan tapi tuhan tetap hiasi langit malam dengan bintang-bintang, kita banyak mengeluh ,tuhan tetap menjadikan laut bila kau pandang kau rasa tenang, sedang tuhan itu sedang memandang, bukan laut yang bikin kau tenang ...

seekor burung mampu menghiasi sang langit,
satu pohon boleh mengindahkan taman,
satu bunga membuat orang mengarang puisi,
Tapi tanpaMu Tuhan semuanya tiada erti,
Maafkan kami Tuhan ...


Bangunkan aku dari tidur yang lena, Basahkan aku dengan Hidayah dan TaufikMu agar aku dapat mengAgungkan diriMu sepanjang hidupku, Terangiku dengan zikir padaMu, Terimalah Cintaku meski ku banyak berdusta, terkadang mata melihat apa yang tidak terlihat oleh Hati.........


Saturday 9 January 2016

Kawan jangan kau berlapar lagi ..

Assalamualaikum para pembaca sekalian ,

Sejak kebelakangan ini, kita digembar gemburkan oleh berita mengenai pelajar yang koyak ususnya disebabkan kelaparan, ada yang tak makan berhari-hari disebbkan menghadapi masalah kewangan.Seperti kita sedia maklum, kehidupan sebagai mahasiswa/siswi merupakan sebagai cabaran, itu lah kita yang kita hadapi sekrang dengan masalah ekonomi,latarbelakang dan lain-lain.Untuk entri kali ni aku nak bawakan tips atau nasihat untuk siswa/siswi  diseluruh ipt/ipts agar dapat meneruskan pengajian untuk hari yang lebih baik tanpa berlapar..Antaranya ialah :

1)      ALLAH
Dialah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, dia la yang MAHA memberi rezeki,kekayaan  Allah tidak dapat dihitung, Yakin la pada Allah, letakkan sepenuhnya kebergantungan pada Allah,jangan pernah lupa padaNya,jaga solat,jaga hubungan dengan Allah, Allah takkan biarkan hambanya dalam kesusahan kerna setiap ujian yang diberi kita mampu lakukan, jangan time susah je kita ingat tuhan, time senang sentiasa ingat tuhan k 

2)      Mengurus Kewangan
Diri sendiri adalah menteri kewangan, kita yang merancang segala perbelanjaan harian kita, bagi yang punya biasiswa mungkin tiada masalah,tp bagi yang punya status peminjam seperti ptptn dan lain2 masalah ketiadaan wang sememangnya berlaku.so, point disini ialah kita selesaikan perkara utama dan penting dahulu. Terpulang pada anda mahu selesaikan yang mana, bayar yuran pengajian ka, beli alat belajar ka, jika keluarga susah utamakan mereka,pilihan di tangan anda. 

3)      Kawan
Kenapa saya bagi point kawan dekat sini, sebabnya di Universiti atau tempat belajar kita,kawan merupakan FAMILY  dan ADIK-BERADIK kita, susah payah kita mereka juga tempat kita kongsikan, kawan yang baik tak kan biarkan kawan yang lain lapar, atau kawan yang baik juga akan sama-sama lapar dengan kita … adik beradik tak kan biarkan salah sorang adik beradik mereka kesusahan. Percaya dengan Kawan anda ,, inshaallah mereka akan membantu.

 4)      Rajin ke Majlis ilmu
Haa,,  point ni aku cukup suka , di tempat aku belajar kalau ada program ke apa mesti ada sediakan MAKANAN .. bole aku katakan semua program yang aku pergi balik mesti ada makanan.. tapi tak bermaksud aku pergi kesana semata-mata nak makan, tapi kalau korang dah takde duit sangat dan lapar,why not , join jela , ilmu dapat makan pun dapat .. tak rugi kan !!!! hehe

 5)      Sedekah
Okay part ni sangat penting, kalau kat Universiti ni, korang rajin-rajin  bersedekah, bersedekah bukan hanya di masjid je, kalau kita tahu ada kawan yang susah, belanja la dorang makan, sekali sekale hari jumaat tuh cari kawan-kawan yang susah belanja mereka makan, kalau semua dalam Univeristi amalkan amalan ni , kau rasa ada tak yang berlapar ?dont set your mind , sedekah je mesti kat masjid , everytime n everywhere kita boleh bersedekahKita yang pergi cari orang yang kelaparan … tak kisah la cara camne pun kan ..Dekat tempat aku belajar setiap hari jumaat , ada KOS yang buat macam amal street, tapi dorang panggil PIJ(PROJECT ITS  JUMAAH) ..  setiap hari jumaat dorang sediakan bermacam2 menu .. ambil je ,,, FREE ,,, tak perlu bayar.. Mungkin kat Universiti korang boleh buat program cmni jugak …

 6)      MALU
Kita tahu ramai student yang susah tapi kita ni MALU ,   kalau kita betul2 rasa susah sangat dan lapar sangat jangan la malu-malu nak bagitahu kawan-kawan, lecturer , hal ehwal pelajar ke, kita di dalam alam pembelajaran , jangan susah kan diri kita sendiri,minta je bantuan yang disediakan oleh HEPA or MPP ke ,, mereka sudi membantu, Buat apa malu kita lahir dari keluarga miskin sedangkan tuhan kita Maha kaya

Ini la serba sedikit tips yang aku boleh bagi, kalau ada tersalah dalam entri ini tegurlah, kalau korang ada nak tambah korang boleh tambah pendapat dan pandangan korang dialu-alukan…kita sama-sama kongsikan ye

KITA MAHASISWA PUNYA TUHAN YANG MAHA SEGALA

sekian.  

Saturday 2 January 2016

KAU TERLALU ISTIMEWA


Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirahim, Alhamdulilah hari ini kita masih diberikan nafas untuk menghirup udara tuhan, masih punyai mata yang mampu melihat, punya jantung yang masih bergerak , punyai masa untuk membaca ,,, :)



Pada tahun 2016 ni, aku mulakan entri  yang berkaitan dengan "KAWAN" "SAHABAT" "TEMAN"
(KST)

Ya, bila korang baca 3 benda tadi , pasti korang rasa alah asyik-asyik benda sama , xde benda lain ke nak citer ,,, wow, rilek dulu kawan kasi baca habis laaa .. 

 Bagi aku, 3 benda tadi sangat penting dan bernilai dalam hidup aku, sebab dalam hidup ini ,  persahabatan atau hubungan yang terjalin adalah kitaran atau keberadaan yang sangat istimewa dalam hidup kita yang singkat ini ,

Bila di tanyakan tentang makna KST(kawan,sahabat,teman) terpulang pada korang untuk mendefinisikan atau mengistilahkan makna-makna tersebut menurut pandangan korang k, cuma aku nak kongsikan apa yang dimaksudkan KST dalam ruang lingkup aku..

 OK ?

walaupun terdapat perbezaan yang agak ketara antara makna salah satunya namun perbezaan itu tidak menjadi masalah bagi aku, bahkan satu kurniaan dari tuhan kerana setiap perbezaan itu bukan menjadikan kita menjauh tapi makin bersyukur, ya makin bersyukur  , kerana pertemuan adalah anugerah !!!!!

KAWAN bukan untuk di jadikan lawan, Tapi untuk di jadikan PEDOMAN

kita boleh berkawan dengan sesiapa yang kita nak, berkawan la seramai mana kita nak berkawan,  pastinya dalam kita berkawan ni ada je yang tak kena , tak kena bayar pun bila nak berkawan ni,tapi bila dah ramai sangat ada la ura-ura yang  tak kena,itu la ini la, nak berkawan dengan selera kita, nak berkawan jangan memilih sangat ...kalau dalam berkawan tuh ada masalah, jangan  cepat melatah, kalau ada kekurangan dalam berkawan tuh topup2 la mana tak kena(tak kena gst), jangan jadikan kawan itu lawan kita , tapi jadikan kawan kita sebagai pedoman , pengajaran dalam hidup kita. syukur!!

SAHABAT bukan berapa banyak kau berselfie, tapi yang sentiasa ada DISISI
(p/s :sahabat yang sentiasa disisi,banyak sekali kita berselfie) :p

untuk fasa sahabat ni, sebahagian manusia yang sangat rapat dengan kita, aku tak tahu la apa yang korang faham maksud sahabat ni, tapi secara khususnya orang yang sentiasa ada dengan kita, jatuh bangun kita, susah senang bersama kita, suka duka , pahit manis , garam gula semua dengan kita right? 
Orang lain tak faham kita,hanya sahabat je yang memhami
apa yang aku nampak dari apa yang ditulis di atas tuh bukan nya menjadikan ukuran dalam sebuah persahabatan namun ianya merupakan penghargaan,hargailah sahabat anda. syukur !!

TEMAN bukan dijadikan kesempatan, tapi ruang di dikala KELAM

Teman,engkaulah kawan engkau jua lah sahabat :)
syukur !!

 Carilah kawan,sahabat dan teman yang meingatkan engkau pada tuhan, jika mereka hilang "aku masih ada tuhan."
STRONG

itu lah perkongsian aku untuk awal-awal 2016 ni, dikesempatan ini aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada kawan-kawan aku, sahabat dan teman,kot2 korang baca ni kan,,hehe

kalau ada salah silap tuh harap di maafkan la ye ,, macam hari raya pulak , ha 1 lagi ,, sebab apa kalau dengan KST kita senang nak maafkan *sejenis kaki memaafkan orang* (kalau)
sebab mudahnya kita memaafkan seseorang kerana kita masih menginginkan keberadaannya dalam hidup kita ..... sekian ,, :)

SAYANG KST...

Thursday 31 December 2015

SAYONARA MR.15


ASSALAMUALAIKUM

Selamat Tahun Baru 2016, aku ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi semua,

Tahun baru bagaikan membuka lembaran baru berupa kertas kosong,kertas yang akan kita tuliskan berbagai cerita,memori,pengalaman,suka duka,pahit dan manis.

tapi

Tahun lepas bagaikan sebuah buku yang kita tulis sudah sampai noktahnya,bermacam benda yang korang dan aku lalui sudah pun berlalu, tetapi untuk kita terus menulis di lembaran baru sesekali perlu menyelak lembaran lama agar kau tak kan masuk lubang yang sama,namun berapa ramai diantara kita yang tidak sedar yang kita masih di dalam sebuah buku yang sama

UBAH !!! masih belum terlambat untuk memulakan,masih banyak dakwat untuk kau terus menulis. 


Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



baca hadis ni hadam cukup-cukup, ni nabi dok pesan kat kita ni, nak jadi orang berjaya kan,semua orang tak nak gagal jadi kenapa kita masih di takuk yang sama ? *think


umpamanya , kau ada sebuah  kapal  tapi kau tak tahu nak belayar kemana.. RUGI
 orang lain sudah jauh belayar, ke eropah, ke arab ke paris,  dan semakin jauh meninggalkan dan telah sampai ke pelabuhan kejayaan dan kita masih terus berdiri di daratan melihat mereka terus belayar


kita ada harapan kita ada impian tapi  semua itu hanya mimpi... 

AYUH REALISASIKAN!!!!

Don't look back and ask Why ?..Look forwad and ask Why Not?

akhir kata, mari kita sama-sama jadikan  2016 ini sebagai tahun yang lebih baik dari tahun sebelum ni, aku , kau dan kita takkan berputus asa,

SAYONARA MR.15
Al-fatihah untuk diri sendiri

wasalam


Tuesday 29 December 2015

Macam TAK percaya.....

Assalamualaikum....


Alhamdulilah,dikesempatan ini aku memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat dan kurniaan yangg diberikan Allah kepada aku ...

straight to the point la ... aku pun malas nak bercerita sgt untuk kali pertama ni,cumanya aku just nak manfaatkan penulisan aku yg agak "terapung" kat sini, biar orang boleh baca, ambil pengajaran,tak mendatangkan sia-sia, kot-kot tersangkut dengan kisah korang ke,kisah aku.... sukahati aku laaaa ...hehe

Jangan la marah dulu.......(nak gurau pun takboleh)

Inshaallah,blog ni aku akan ceritakan tentang hidup aku,pengalaman,kawan-kawan, nasihat dan apa-apa lah yang bagi manfaat kat engkorang semua, sebab apa ? sebab setiap dari kita punya jalan cerita berbeza, kita mungkin sama tapi tidak serupa, mungkin kita berada di jalan yang berbeza tapi kita punya destinasi yang sama...

cukup sekadar itu ,kita jumpa di lain entry pulak ye ,,,,

goodbye