Saturday 9 January 2016

Kawan jangan kau berlapar lagi ..

Assalamualaikum para pembaca sekalian ,

Sejak kebelakangan ini, kita digembar gemburkan oleh berita mengenai pelajar yang koyak ususnya disebabkan kelaparan, ada yang tak makan berhari-hari disebbkan menghadapi masalah kewangan.Seperti kita sedia maklum, kehidupan sebagai mahasiswa/siswi merupakan sebagai cabaran, itu lah kita yang kita hadapi sekrang dengan masalah ekonomi,latarbelakang dan lain-lain.Untuk entri kali ni aku nak bawakan tips atau nasihat untuk siswa/siswi  diseluruh ipt/ipts agar dapat meneruskan pengajian untuk hari yang lebih baik tanpa berlapar..Antaranya ialah :

1)      ALLAH
Dialah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, dia la yang MAHA memberi rezeki,kekayaan  Allah tidak dapat dihitung, Yakin la pada Allah, letakkan sepenuhnya kebergantungan pada Allah,jangan pernah lupa padaNya,jaga solat,jaga hubungan dengan Allah, Allah takkan biarkan hambanya dalam kesusahan kerna setiap ujian yang diberi kita mampu lakukan, jangan time susah je kita ingat tuhan, time senang sentiasa ingat tuhan k 

2)      Mengurus Kewangan
Diri sendiri adalah menteri kewangan, kita yang merancang segala perbelanjaan harian kita, bagi yang punya biasiswa mungkin tiada masalah,tp bagi yang punya status peminjam seperti ptptn dan lain2 masalah ketiadaan wang sememangnya berlaku.so, point disini ialah kita selesaikan perkara utama dan penting dahulu. Terpulang pada anda mahu selesaikan yang mana, bayar yuran pengajian ka, beli alat belajar ka, jika keluarga susah utamakan mereka,pilihan di tangan anda. 

3)      Kawan
Kenapa saya bagi point kawan dekat sini, sebabnya di Universiti atau tempat belajar kita,kawan merupakan FAMILY  dan ADIK-BERADIK kita, susah payah kita mereka juga tempat kita kongsikan, kawan yang baik tak kan biarkan kawan yang lain lapar, atau kawan yang baik juga akan sama-sama lapar dengan kita … adik beradik tak kan biarkan salah sorang adik beradik mereka kesusahan. Percaya dengan Kawan anda ,, inshaallah mereka akan membantu.

 4)      Rajin ke Majlis ilmu
Haa,,  point ni aku cukup suka , di tempat aku belajar kalau ada program ke apa mesti ada sediakan MAKANAN .. bole aku katakan semua program yang aku pergi balik mesti ada makanan.. tapi tak bermaksud aku pergi kesana semata-mata nak makan, tapi kalau korang dah takde duit sangat dan lapar,why not , join jela , ilmu dapat makan pun dapat .. tak rugi kan !!!! hehe

 5)      Sedekah
Okay part ni sangat penting, kalau kat Universiti ni, korang rajin-rajin  bersedekah, bersedekah bukan hanya di masjid je, kalau kita tahu ada kawan yang susah, belanja la dorang makan, sekali sekale hari jumaat tuh cari kawan-kawan yang susah belanja mereka makan, kalau semua dalam Univeristi amalkan amalan ni , kau rasa ada tak yang berlapar ?dont set your mind , sedekah je mesti kat masjid , everytime n everywhere kita boleh bersedekahKita yang pergi cari orang yang kelaparan … tak kisah la cara camne pun kan ..Dekat tempat aku belajar setiap hari jumaat , ada KOS yang buat macam amal street, tapi dorang panggil PIJ(PROJECT ITS  JUMAAH) ..  setiap hari jumaat dorang sediakan bermacam2 menu .. ambil je ,,, FREE ,,, tak perlu bayar.. Mungkin kat Universiti korang boleh buat program cmni jugak …

 6)      MALU
Kita tahu ramai student yang susah tapi kita ni MALU ,   kalau kita betul2 rasa susah sangat dan lapar sangat jangan la malu-malu nak bagitahu kawan-kawan, lecturer , hal ehwal pelajar ke, kita di dalam alam pembelajaran , jangan susah kan diri kita sendiri,minta je bantuan yang disediakan oleh HEPA or MPP ke ,, mereka sudi membantu, Buat apa malu kita lahir dari keluarga miskin sedangkan tuhan kita Maha kaya

Ini la serba sedikit tips yang aku boleh bagi, kalau ada tersalah dalam entri ini tegurlah, kalau korang ada nak tambah korang boleh tambah pendapat dan pandangan korang dialu-alukan…kita sama-sama kongsikan ye

KITA MAHASISWA PUNYA TUHAN YANG MAHA SEGALA

sekian.  

4 comments:

  1. Macam manaa andai bntuan mcm hepa, mpp n etc tu rumit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumit ? rumit yang bagaimana ya?

      Delete
    2. ni mesti kes kena turun naik pejabat, amek sign dan semua bukti2 yang berkaitan...saya pernah gak mintak..last2 kena tolak..T_T

      Delete
  2. selalu time belajar kat u suka simpan stok makanan yang tahan lama dari rumah. contoh macam sup segera ke, semua yang segera. bila dah jemu belilah nasi bujang. kurangkan xtvt yang banyak guna duit. satu lagi, banyakkan minum air...yang penting pandai berjimat..

    ReplyDelete