Thursday 25 February 2016

BOM : SKRIP YANG BERBEZA

                            



    Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

   
      Assalamualaikum ,, hai pembaca-pembaca yang kiut miut tuh ? semoga korang ceria selalu k :)

Alhamdulilah, hari ini baru dapat peluang untuk menulis dan berkongsikan kepada entum-entum(kamu-kamu) semua.

so, untuk entri kali ni aku nak berkongsi mutira kalam atau BOM yang aku dapat dalam seminggu ni, yang buat aku seoalah-olah terkena kejutan elektrik atau bahasa mudahnya "deep" n termotivasi,


BOM 1 : BIARLAH SEJUTA ORANG YANG MENTERTAWAKAN MU, HANYA KAMU YANG TAHU DIRI KAMU.

BOM 2 : APABILA KAMU MELIHAT AIB SESEORANG MAKA BERKATA "WAHAI MATAKU KETAHUILAH MEREKA PUN MEMPUNYA MATA JUGA"

BOM 3 :APA YANG KAMU JADI TERPULANG KEPADA DUA PERKARA.PERTAMA SIAPA KAWAN YANG KAMU PILIH,KEDUA BUKU APA YANG KAMU BACA.

BOM 4 : JANGAN PERSOALKAN BILA KAMU AKAN DIBERIKAN REZEKI ITU DAN INI SEPERTI MANA TUHAN MU TIDAK PERSOALKAN AMALMU HARI ESOK.

BOM 5: KITA AKAN TAHU NIKMAT SIHAT BILA KITA SAKIT

BOM 6 : MATLAMAT YANG MEMPUNYAI SKRIP YANG MANTAP AKAN MEMBUATKAN DIRI BEGITU EMOSI.

apa yang aku cuba nak sampaikan pada kawan, teman dan sahabat semua , persekitaran kita membentuk siapa diri kita, dalam sedar mahupun tidak sedar, samaada kita mengambil intipati tersebut atau tidak, cuba korang perhatikan kata-kata kawan korang, terkadang ada hikmah yang mereka sampai kan, terkadang ada doa yang sedang di bacakan , terkdg ada tingkhlaku yang perlu kita contohi ,

 KITA ADALAH PELAKON YANG PUNYA SKRIP YANG BERBEZA TAPI PUNYA TUJUAN YANG SAMA DI DUNIA INI

 JIKA DI TUNJUKKAN RAHSIA HIKMAH ITU NESCAYA MUTIARA DI DASAR LAUT DALAM TIDAK KITA TEMUI
                 

Thursday 11 February 2016

7 Asas Bahasa Tubuh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Bahasa badan yang asas kita mesti tahu !!!! jeng3

Bahasa badan adalah pergerakan bagi menyampaikan sesuatu maksud yang simbolik kepada individu lain.

Harini kita belajar seni bahasa badan atau bahasa nonverbal , melalui bahasa badan ini dapat membantu kita dalam beberapa aspek kehidupan termasuk personaliti individu, andaian, pemikiran, dan sebagainya. Ini bukan satu formula tapi kebanyakannya bahasa tubuh ini yang selalu menunjukkan bagaimana seseorang itu berhubung antara satu sama lain.

Aku takdela pandai sangat, tapi bila kita perhatikan betul-betul, ada manfaat yang boleh kita gunakan dalam komunikasi kita, bukan untuk menjatuhkan orang lain tapi untuk perbaiki keyakinan diri.

So untuk entri ni aku bagi yang asas-asas je dulu, aku nak korang semua perhatikan betul-betul bila enkorang bercakap dengan orang disekeliling  :- Cuba dulu k ...

1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda
Anda mungkin  sering mendengar bahawa menyilangkan tangan atau kaki menunjukkan bahawa kita seumpama menutup terhadap lawan bicara kita dan ini tidak menjadikan hubungan komunikasi yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.

2. Membuat kontak mata, namun bukan merenungnya.

Dengan melakukan kontak mata pada orang yang sedang bercakap anda dapat membuat hubungan komunikasi menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan menatapnya (terus menerus), kerana akan membuat lawan cakap anda menjadi gelisah.
Jika kita tidak biasa melakukan kontak mata pada lawan bicara anda, memang anda akan merasakan ketidakselesaan pada  kali pertama. Namun lakukan  terus dan anda akan terbiasa suatu saat nanti.

3.  Jarakkan antara kedua kaki anda.
Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri mahupun duduk menunjukkan bahwa anda cukup percaya pada diri dan selesa dengan posisi anda.

4. Mengangguk 
Mengangguk menandakan bahawa anda memang sedang mendengar. Namun bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) macam burung belatuk ^^, sebab anda akan terlihat macam buat-buat pulak kan.Mengangguk juga memberi makna setuju dan mengerti apa yang telah diperkatakan.


6. Jangan membongkok, duduklah dengan tegak.
Membongkok menandakan bahawa anda tidak bersemangat, dan tegak disini bermaksud selesa dan tidak terlalu tegak dan tegang , mengikut pada keselesaan anda.

7. Condongkan badan, namun jangan terlalu banyak.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda tertarik dengan apa yang disampaikan oleh kawan or orang sekeliling anda, condongkan sedikit tubuh anda ke arahnya. Namun jangan juga terlalu condong kerana anda terlihat seperti akan meminta sesuatu.hehe ^^





Di sini turut disertakan video mengenai bahasa badan berpengaruh .., bukan biasa-biasa ni, penting juga sebenarnya kita kena tahu sekurang-kurangnya dapat membantu dan meningkatkan keyakinan diri kita sendiri kan :)


Langit Bumi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Langit adalah kitab yang terbentang
Bumi adalah kitab yang terhampar
Dengan kurniaanMu 
Izinkan aku megenaliMu Tuhan


Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi dan di rahmati sekalian ,,rasa lama kita tidak bersua dalam entri kan .. rindu tak ? hehe , Ok , kalau rindu baca sampai habis k :)

First, aku nak korang tahu kenapa aku pilih tajuk "Langit Bumi" , sabar dulu jangan cepat sangat "TERAPUNG" tu , tajuk ni aku ambil sempena lagu wali band je sebenarnya , tapi taktahu la ada kaitan ke tak , korang dengar  dan nilai sendiri dengan entri aku ni ,,

So, apa kaitan yang aku nak tulis sebenarnya, ya , hari demi hari kita berlalu , waktu demi waktu terus meninggalkan kita , kita masih berada di bawah langit , masih jua berada di bumi , kita sedar tak ni ? 

Bumi sedang Tenat langit sedang retak , kita masih dengan dunia kita , kita terus hanyut ,kita terus leka tanpa sedar kita semua akan tua dan bakal mati , kita terus meninggalkan bumi dan langit akan terus melambai kita dari atas , sikap kita meninggi dari langit , sombong kita seolah  tidak menjejak ke tanah.

Pernah tak korang tengok alam sekeliling ni, cantik kan, semua tu tuhan ciptakan untuk kita cuba bayangkan kalau, laut tanpa ombak mesti sepi , matahari tanpa cahaya kelam , langit tanpa bintang kontang , tapi kalau kita tanpa TUHAN ? 

Nikmat apa yang ingin kau dustakan ? kita banyak melakukan dosa tapi sedikit pun tuhan tidak tarik cahaya matahari , kita banyak lupa tuhan tapi tuhan tetap hiasi langit malam dengan bintang-bintang, kita banyak mengeluh ,tuhan tetap menjadikan laut bila kau pandang kau rasa tenang, sedang tuhan itu sedang memandang, bukan laut yang bikin kau tenang ...

seekor burung mampu menghiasi sang langit,
satu pohon boleh mengindahkan taman,
satu bunga membuat orang mengarang puisi,
Tapi tanpaMu Tuhan semuanya tiada erti,
Maafkan kami Tuhan ...


Bangunkan aku dari tidur yang lena, Basahkan aku dengan Hidayah dan TaufikMu agar aku dapat mengAgungkan diriMu sepanjang hidupku, Terangiku dengan zikir padaMu, Terimalah Cintaku meski ku banyak berdusta, terkadang mata melihat apa yang tidak terlihat oleh Hati.........