Saturday 2 January 2016

KAU TERLALU ISTIMEWA


Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirahim, Alhamdulilah hari ini kita masih diberikan nafas untuk menghirup udara tuhan, masih punyai mata yang mampu melihat, punya jantung yang masih bergerak , punyai masa untuk membaca ,,, :)



Pada tahun 2016 ni, aku mulakan entri  yang berkaitan dengan "KAWAN" "SAHABAT" "TEMAN"
(KST)

Ya, bila korang baca 3 benda tadi , pasti korang rasa alah asyik-asyik benda sama , xde benda lain ke nak citer ,,, wow, rilek dulu kawan kasi baca habis laaa .. 

 Bagi aku, 3 benda tadi sangat penting dan bernilai dalam hidup aku, sebab dalam hidup ini ,  persahabatan atau hubungan yang terjalin adalah kitaran atau keberadaan yang sangat istimewa dalam hidup kita yang singkat ini ,

Bila di tanyakan tentang makna KST(kawan,sahabat,teman) terpulang pada korang untuk mendefinisikan atau mengistilahkan makna-makna tersebut menurut pandangan korang k, cuma aku nak kongsikan apa yang dimaksudkan KST dalam ruang lingkup aku..

 OK ?

walaupun terdapat perbezaan yang agak ketara antara makna salah satunya namun perbezaan itu tidak menjadi masalah bagi aku, bahkan satu kurniaan dari tuhan kerana setiap perbezaan itu bukan menjadikan kita menjauh tapi makin bersyukur, ya makin bersyukur  , kerana pertemuan adalah anugerah !!!!!

KAWAN bukan untuk di jadikan lawan, Tapi untuk di jadikan PEDOMAN

kita boleh berkawan dengan sesiapa yang kita nak, berkawan la seramai mana kita nak berkawan,  pastinya dalam kita berkawan ni ada je yang tak kena , tak kena bayar pun bila nak berkawan ni,tapi bila dah ramai sangat ada la ura-ura yang  tak kena,itu la ini la, nak berkawan dengan selera kita, nak berkawan jangan memilih sangat ...kalau dalam berkawan tuh ada masalah, jangan  cepat melatah, kalau ada kekurangan dalam berkawan tuh topup2 la mana tak kena(tak kena gst), jangan jadikan kawan itu lawan kita , tapi jadikan kawan kita sebagai pedoman , pengajaran dalam hidup kita. syukur!!

SAHABAT bukan berapa banyak kau berselfie, tapi yang sentiasa ada DISISI
(p/s :sahabat yang sentiasa disisi,banyak sekali kita berselfie) :p

untuk fasa sahabat ni, sebahagian manusia yang sangat rapat dengan kita, aku tak tahu la apa yang korang faham maksud sahabat ni, tapi secara khususnya orang yang sentiasa ada dengan kita, jatuh bangun kita, susah senang bersama kita, suka duka , pahit manis , garam gula semua dengan kita right? 
Orang lain tak faham kita,hanya sahabat je yang memhami
apa yang aku nampak dari apa yang ditulis di atas tuh bukan nya menjadikan ukuran dalam sebuah persahabatan namun ianya merupakan penghargaan,hargailah sahabat anda. syukur !!

TEMAN bukan dijadikan kesempatan, tapi ruang di dikala KELAM

Teman,engkaulah kawan engkau jua lah sahabat :)
syukur !!

 Carilah kawan,sahabat dan teman yang meingatkan engkau pada tuhan, jika mereka hilang "aku masih ada tuhan."
STRONG

itu lah perkongsian aku untuk awal-awal 2016 ni, dikesempatan ini aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada kawan-kawan aku, sahabat dan teman,kot2 korang baca ni kan,,hehe

kalau ada salah silap tuh harap di maafkan la ye ,, macam hari raya pulak , ha 1 lagi ,, sebab apa kalau dengan KST kita senang nak maafkan *sejenis kaki memaafkan orang* (kalau)
sebab mudahnya kita memaafkan seseorang kerana kita masih menginginkan keberadaannya dalam hidup kita ..... sekian ,, :)

SAYANG KST...

7 comments:

  1. melalui blog tuan,byk input yg berguna dan membangun utk di jadikan amalan seharian..tq

    ReplyDelete
  2. melalui blog tuan,byk input yg berguna dan membangun utk di jadikan amalan seharian..tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, liyana singgah sini membalas kunjungan..liyana dah follow #1

    ReplyDelete
  4. Teruskan berblogging yer....All da best :)

    ReplyDelete
  5. Salam singgah =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.my/2016/01/sebelum-pergi.html

    ReplyDelete